MENU BAR

Sabtu, 26 Juli 2014

HARI KEMENANGAN



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Setelah sebulan berpuasa, umat Islam menyambut kehadiran Syawal yang mulia sebagai hari kemenangan dengan penuh rasa syukur.
Kita bersyukur kepada Alloh swt kerana berhasil menyelesaikan puasa Romadhon dan dapat merayakan Aidilfitri pada 1 Syawal dalam suasana kegembiraan.
Aidilfitri memang milik orang berpuasa kerana orang yang berpuasa sebulan Romadhon berdasarkan Iman dan Ikhlas pasti Alloh berikan Racmat, Ampunan dan Pembebasan Dari Siksa api Neraka maka ia menjadi fitrah / suci kembali sebagaimana anak baru lahir.

Inilah agaknya nikmat dijanjikan Allah seperti sabda Nabi.
Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah nanti“.

Berbuka ada dua makna,
Pertama, berbuka ketika mendengar azan maghrib

Kedua, ialah berhari raya kerana pada 1 Syawal, umat Islam tidak lagi berpuasa, bahkan diharamkan berpuasa.

Syawal bermakna ‘peningkatan’. Ini bermakna frekuensi ibadah umat Islam yang melaksanakan puasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan diharapkan semakin memperlihatkan peningkatan kualitas amalnya sesudah Ramadan.
Dengan latihan selama sebulan Ramadan itu, sudah pasti dapat dijadikan pelajaran yang sangat berfaedah.

Mukmin yang berhasil dengan baik dalam menghadapi dan menyelesaikan pendidikan dalam madrasah Ramadan akan lahir sebagai ‘pemenang’ pada hari Aidilfitri.
Aidilfitri itu hanya milik orang yang berpuasa pada Ramadan kerana mana mungkin kemenangan diberikan kepada mereka yang tidak melakukan perjuangan.
Sebab itu dalam usaha meningkatkan amalan lanjutan selepas Romadhon, umat Islam sangat dianjurkan untuk terus berpuasa pada Syawal, sebanyak enam hari

Allah SWT ingin menguji hamba-Nya, apakah sanggup meneruskan puasa selepas sebulan Ramadan walaupun sekadar enam hari.
Allah memberi rangsangan kepada umat Islam yang berpuasa enamhari dibulan syawal dengan ganjaran yang besar seperti sabda Nabi SAW bermaksud:
Siapa saja yang berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari dibulan Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh” (HR Muslim).

Semoga jiwa kita menjadi bersih selepas Ramadan dan menjadi insan bertakwa di sisi Allah.
Ya Alloh berkahi kami di bulan bulan mendatang dan pertemukan kami dengan bulan Rhomadhon yang akan datang aamiinn

Tidak ada komentar:

Posting Komentar